Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada selasa selepas berdepan tuduhan khianat merosakkan palang pagar syarikat perumahan di damansara bulan lalu.<br /><br />Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.